Satu Hari,Satu Sunnah


                                                                      JUADAH


    Assalamualaikum,seperti yang sedia maklum tajuk entry hari ini iaitu Satu Hari,Satu Sunnah.Zaman sekarang sunnah Nabi kita Rasulullah s.a.w kurang lagi diikuti oleh lapisan masyarakat.Maka perlahap sesuka hati yang telah menjadi pegangan!


Ketika Makan(Amalkan 5M)

 

1.Membaca bismillah terlebih dahulu.

 

 2.Makan dengan tangan kanan. 

 

3.Memulakan mengambil makanan yang terdekat.tiga sunnah tersebut dalilnya terdapat dalam satu hadis,iaitu yang bermaksud: "Wahai anak muda,ucapkanlah bismillah,makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang dekat denganmu."(Riwayat Muslim)

 

4.Membersihkan makanan yang terjatuh,kemudian memakannya.Berdasarkan hadis yang bermaksud: "Apabila sesuap makanan dari slah seorang diantara kamu terjatuh,maka bersihkanlah bahagian yang kotor,kemudian makanlah."(Riwayat Muslim)

 

5.Makan dengan tiga ruas jari.Mengikut hadis yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w makan dengan menggunakan tiga ruas jari."(Riwayat Muslim)



Mudah bukan?tapi bagi hendak memperaktikannya yang menjadi satu kesusahan kepada ummat Nabi pada zaman sekarang walaupun post ini sesuai untuk kanak-kanak tadika sahaja.bagi yang tidak mengamalkannya boleh daftar nama dekat mana-mana cawangan tadika kih kih.



"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
                                             (Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)